Zon Islamiah




Islam Agamaku


Mengambil Iktibar Dari Kematian

DALAM buku Nuzhatul-Jalis Khutbah Lin-Nabial- Mukkaram dicatatkan tentang khutbah Rasulullah SAW. Katanya:

wahai manusia, demi Allah, hendaklah kamu bersungguh-sungguh dan jangan terlalu suka bermain-main. Hendaklah bersikap jujur dan jangan berdusta. Kematian akan dating secara mengejut. Jangan kamu terperdaya dengan manusia. Kamu sudah melihat orang terdahulu yang mengumpulkan harta benda dan takutkan kemiskinan. Mereka ingin mengelak daripada kematian kerana keinginan mereka terlalu banyak. Kerana itu mereka meminta agar ajal tidak disegerakan. Tetapi maut tetap dating pada mereka, sehingga mereka gementar dan ia meragutnya ketika mereka di dalam tempat perlindungan

Apakan kamu tidak melihat orang tang terlalu tinggi cita-citanya. Mereka membangunkan istana dan mengumpulkan sebanyak-banyak harta. Tetapi rumah-rumah mereka akhirnya menjadi liang kubur kepada mereka dan harta yang mereka kumpulkan menjadi sia-sia. Setelah itu, harta kekayaan mereka menjadi milik waris-waris mereka dan isteri-isteri mereka yang berasal dari keluarga yang lain. Sudah tentu mereka tidak memberikan sebarang manfaat kepada kamu.

Siapa yang bertakwa dia merasa kedatangan ajal terlalu lambat dan dia dapat manfaat daripada amal kebaikkannya Oleh Itu , Lakukan perbuatan untuk ke syurga, kerana dunia ini tidak dijadikan sebagai tempat tinggal kamu. Tetapi dunia hanya perantaraan bagi menuju akhirat.”

Intisari Khutbah

  • ·      Kematian berlaku secara tiba-tiba. Justeru manusia tidak sepatutnya memberikan tumpuan kepada mengejar kejayaan dunia hingga melupakan kepentingan akhirat
  • ·    Harta yang banyak menyebabkan pemiliknya takut mati kerana tidak mahu berpisah dengan harta kekayaannya
  • ·      Harta benda, wang ringgit, kediaman mewah dan anak-anak tidak berguna lagi apabila seorang itu sudah meninggal dunia. Sebaliknya semua harta menjadi milik orang lain
  • ·      Orang yang beriman sentiasa menanti saat kematian kerana rindu mereka kepada akhirat yang kekal abadi
  • ·      Dunia ini tidak di jadikan sebagai tempat mausia hidup selama-lamanya. Sebaliknya Ia hanya medium perantaraan sebelum menuju akhirat yang kekal abadi
  • ·      Justeru, ketika masih didunia ini lakukan perbuatan baik yang boleh membawa seorang itu kesyurga.

No comments:

Post a Comment